Akhirnya selepas hampir 3 tahun baru aku berjaya tonton filem paling daring lagi jujur lakonan Deepika Padukone ni. Tak tahu kenapa aku bertangguh walau dah lama langgan Amazon Prime Video. Sebuah filem bersahaja -- realistik -- berat dan sarat emosi tapi disampaikan dari sudut pandang yang di luar kebiasaan. Kreadit penuh kepada penulis filem ini Shakun Bhatra dan barisan produksi yang berjaya mengolah sebuah karya yang membuka mata dan menjujurkan emosi penonton terutama di penghujung cerita. Dammmn..!
Seperti biasa, aku tak akan review sinopsis mahupun jalan cerita sebab semua tu korang boleh google. Ramai dah pengkritik filem yang review filem ni sejak hari pertama disiarkan. Dan review mereka sangatlah bercampur-baur ya. Aku personally tak nak baca review orang. Aku tonton filem ni dengan emosi paling raw -- dan ya, hampir biru juga muka aku sebab oksigen tak sampai kepala. gituuuu...!!
Gehraiyaan means depth dan sesuai judulnya filem ini berkisar tentang watak utama yang dilemaskan lagi melemaskan sampai akhirnya berjaya menyelamatkan diri daripada kelemasan selepas membuat semua orang lain lemas sekali. Tiga watak lagi hanya separa penting tapi juga melemaskan sebab bodoh dalam pandai. Maka empat watak ni kelemasan di dalam segi-segi cinta, kekayaan, trauma masa silam dan masa depan yang meragukan. Entah siapa yang pemangsa dan siapa pula mangsa. Siapa yang meyelamatkan dan siapa yang diselamatkan ?
CHILDHOOD TRAUMA
Mental health awareness yang cuba disampaikan secara tidak langsung sepanjang filem ini berjaya membuka ruang kepada penonton menilai chilhood trauma dari kesan yang lebih mendalam. Terutama bila trauma itu "hidup" di dalam diri mereka yang melaluinya tanpa dapat dibuang atau dihilangkan. Dan bagaimana chilhood trauma seseorang itu bukan sahaja mempengaruhi semua keputusan yang mereka buat sepanjang meniti kedewasaan tp juga meracuni orang-orang di sekeliling mereka sama ada sengaja mahupun tidak.
Manusia dengan trauma ni hidup di dalam sangkaan-sangkaan yang tak berkesudahan. Mencari kepastian dan kebenaran di setiap sudut ceruk kehidupan kerana trauma itu membuatkan mereka tidak percaya kepada sesiapa malah diri sendiri. Sakit menanggung trauma ni. Cuma ada orang yang sedar dan berusaha untuk mengawalnya tapi ada juga yang hidup dalam penafian serta terus-terusan menghancurkan diri mereka dari dalam. Kasihan.
Chilhood trauma menjadikan dia attention seekers dan membesarkan insecurities di dalam dirinya sendiri. Kemudian membawa kepada kecurangan, takut berterus-terang, menjadi manusia manupulatif serta berpura-pura. Bukan mereka tak tahu benda tu salah. Bukan mereka tak tahu semuanya ada risiko tapi trauma yang ada dalam diri mereka tu membuatkan mereka hilang pertimbangan dan selalu merasa diri sendiri adalah satu masalah.
ALISHA
Susuk wanita complex yang sedaya upaya hidup secara normal tapi kelemasan di dalam konflik yang dia sendiri pilih. Seumur hidup menyalahkan ayahnya. Sentiasa berprasangka pada boyfriend tanpa ikatan walau dah bertahun tinggal bersama. Terlalu berdikari dari segi fizikal tapi sangat bergantung emosi dan validation orang lain. Lemas memang lemas menjadi Alisha. Matang tapi gagal memanfaatkan kematangannya dalam membuat keputusan.
Jatuh terjebak dalam cinta Zain Oberoi yang Alisha tahu sangat berisiko dan jauh dari kejujuran dan clarity. Hubungan sembunyi-sembunyi yang Alisha tahu akan memakan dirinya sendiri. Tapiiiiiiii... Alisha pilih untuk meneruskan. Jatuh cinta tu tak salah tapi jatuh cinta sampai menjadikan kita bodoh - buta dan tuli -- kenapa..??
Alisha watak yang kasihan. Dia mangsa yang memangsakan tapi di hujung cerita ini watak Alisha menjadi hero dan menyelamatkan semua orang, meleraikan semua konflik dan paling penting berjaya mengeluarkan dirinya sendiri daripada trauma yang panjang. Walaupun semua ini bererti perlu mengorbankan nyawa insan yang disayangi dan digantungkan semua harapan.
* * * * *
Terima kasih Gehraiyaan, menghempap batu besar ke atas dada. Hidup ini keras. Dalam mengejar semua keperluan, kita manusia yang ada perasaan pasti sahaja berperang sama dalam memenuhi kehendak dan belaian perasaan. Mana mungkin kita memenuhi keperluan tanpa langsung membawa hati bersama. Soalnya bila keperluan dan kehendak bertembung dan memecah, yang mana satu priority kita..?
Alisha boleh jadi watak jahat dalam diri semua kita atau boleh juga menjadi sisi baik dalam diri kita yang selama ini kita pun tak sedar. Dalam erti kata lain, siapa pun boleh jadi Alisha sama ada bersama childhood trauma atau tidak. Keputusan hidup sebesar dan seberat apapun tetap akan datang dan menghantui kita.
Jalani sahaja hidup kita dalam naik dan turunnya, hitam mahupun putihnya. Ini kehidupan dan perjalanan kita. Jatuh bangun adalah gula dan garam pelengkap rasa.
...






