Dia jatuh di tempat yang salah pada masa yang salah bersama orang yang salah. Keadaan tak berpihak kepadanya dan dia tak pernah salah kerana dia bermula dengan niat yang baik. Keadaan itu memangsakan dia tanpa belas kasihan. Dan dia tetap tidak pernah menyalahkan semua yang salah itu. Dia diam. Sampai hari ni, dia masih pilih diam.
Dia insan istimewa yang diuji untuk Allah sampaikan pesan kepada kami. Bahawa dunia ini milik-Nya dan bukan di tangan kita. Sesungguhnya kita manusia yang lemah, tiada daya upaya tanpa belas dan ihsan Dia. Sekuat apa kami mencuba, kami berusaha, tetap.. ketentuanNya tertulis begitu. Ujian ini untuk dia tapi peringatan Allah itu untuk kami. Jadi ujian ini kami terima dan hadap bersama-sama.
Hari ini buat pertama kali mendengar khabar dia, hati aku luluh.
Airmata aku pecah sepecah jiwa aku yang menghancur.
Ya Allah, sejauh ini sudah dia pergi. Sedalam ini sudah dia bertahan.
Mohon jangan disakiti lagi dia. Mohon jangan dihukum lagi salahnya.
Dia manusia baik sebaik-baik dan selayaknya manusia biasa.
...


