JAUH

 

Jauh sudah kita membawa hati ke daerah yang tidak ada nama dan tidak ada sempadan ini. Hati kita sudah menjadi taruhan yang tak mungkin dapat kita tebus semula. Kerana hati kita menyimpan segala rasa, segala rahsia. Kenapa..? dan bagaimana boleh kita pergi sejauh ini..? Aku dan kau dua jiwa yang sedang mengisi dan memberi makna. Kita bertemu dan berkenal bukan untuk ini. Tapi kenapa..? Kenapa kita sampai ke sini..?

Demi hati yang selalu berasa kosong, pasti sahaja muda jatuh kepada yang mudah mengisi. Hati yang selalu minta di dengar ini pula senang-senang di serah kepada yang setia mendapang tangan dan memberi telinga. Aku dan hati yang rapuh lama tidak merasa apa-apa rasa ini, tiba-tiba sahaja berjumpa tempat berteduh. Bisa sekuat apa aku menolaknya..?

Dalam hati aku ada dia yang lama (ya, masih ada kerana tempat dia di dalam hati aku tidak tergantikan biar seberapa jeda masa) dan kini ada dia yang baharu juga. Dia yang menjelmai dia yang lama tapi dalam versi yang berbeza. Tapi rasa yang dia bawa seakan sama. Sangat sama. Rasa selesa, rasa selamat, rasa terjaga, rasa di dengar, rasa di mengerti kuat sekali. Hampir putus asa aku membandingkan kedua-duanya.

Tapiii

Dengan dia yang lama, musim bunga aku datang awal. Bahagia pada permulaan, menangis bermusim hujan di hujungnya. Dan dengan dia yang baharu, airmata aku murah jatuh berdedai-dedai sejak mula. Aku tak tahu kenapa, banyak betul airmata aku jatuh kerana dia. Aku tak faham apa dan mengapa, begitu fragile hati aku di tangan dia. Ada rasa bimbang dan ragu-ragu yang menghantui aku. Tapi dia selalu menenangkan. Ada rasa tidak pasti dan takut-takut tapi dia selalu meyakinkan dan memudahkan. Harus bagaimana aku lari...?

Dammmnn..!!




...



Share:

0 comments:

Post a Comment