Aku rindu seseorang yang tiba-tiba mendiamkan diri. Aku tak salahkan dia kenapa diam dan menjauh. Semua salah dan ego aku sendiri. Tapi begitulah, aku dan main tarik tali ni tak pernah berkesudahan. Kadang-kadang aku hulur dan kadang-kadang aku tarik semula. Bukan nak mengeruhkan keadaan tapi sebegitulah complicated nya aku. Kasihan dia mungkin tak biasa dan tak faham, tapi aku pun tak minta dia faham. Aku harap dia move on dan baik-baik sahaja dengan rutin harian yang biasa.
Sementah lagi, aku tahu dia sedang sibuk mengurus ujian hidup yang entah bagaimana dan macam mana. Aku tak tahu apa tapi yang aku tahu dia perlukan masa dan ruang untuk handle ujian hidup dia. Jadi aku bagi dia ruang. Cuma aku terfikitr apakah masa dan ruang aku berikan berlebihan atau disalah tafsirkan. Adakah dia fikir aku sengaja menjauhkan diri waktu dia sedang susah..? Aku tak berniat begitu pun. Aku cuma tak tahu berapa lama masa dan berapa luas ruang yang dia perlukan sebenarnya. Jadi aku diam.
Aku kalau ada masalah, aku suka menyendiri dan handle sendiri. Selesaikan satu-satu. Aku tak suka banyak benda dalam satu masa. Nanti aku serabut. Aku lebih suka diberi ruang dan masa bukan sibuk-sibuk nak tolong sesuatu yang tak boleh ditolong pun. Cukuplah kalau mereka faham dan hormati masa dan ruang aku. Tapi itu aku lah, untuk dia mungkin sebaliknya. Perlukah aku tanya lagi..? ermmm.. nope. Selain complicated aku ego orangnya. Okey bye..!
Aku rindu dia. Aku rindu cerita-cerita dia. Aku rindu sombong tapi cepat faham dia. Aku rindu gurauan dia yang tak semena-mena. Entahlah. Tak ada yang istimewa pun tapi aku rindu moment itu semua dan sering buat aku tersenyum sendiri bila teringatkan dia. Antara kami complicated juga. Tak ada tajuk dan tak ada nama tapi kami baik-baik sahaja. Tidak berlebih tapi tidak pula biasa.
Aku kira, masa berjalan seiring takdir bak angin lalu. Ada hal yang kita perlu lepaskan berlalu pergi tanpa perlu dipegang dan ditahan lagi. Biarkan angin dan masa membawa semuanya pergi dan simpan sahaja kenangan yang tersisa itu di dalam hati. Yang baharu akan datang dan mengganti. Yang baharu akan bawa kenangan yang fresh dan akan kita rindukan lagi nanti. Segalanya berubah dan berlalu. Tidak ada yang kekal dalam kehidupan yang sementara ini.
Aku bahagia pernah kenal dia dan ada kenangan yang baik-baik dengan dia. Semoga suatu hari nanti bila namanya melintas lagi, aku mampu tersenyum seperti hari ini sambil berbisik "Aku pernah kenal dia dan dia baik orangnya. Terima kasih Allah.."
...

0 comments:
Post a Comment