KEPADA BULAN KU

 

Bulan,

Aku rindu kamu. Sungguh-sungguh rindu.

Apa khabar kamu di sana..?

Bulan,

Suatu hari nanti jika aku menghilang -- mohon tak usah dicari.

Aku pergi menyembunyikan hati. Kalau dapat menjalar ke hujung dunia, di sana nanti akan aku simpan hati yang telah hancur berderai ini. Usahlah ditanya lagi.

Antara kita hanya sebatas hati yang tak akan bisa memiliki dan dimiliki. 

Bulan,

Terus bersinar dan terus meredup dalam cahaya cinta mu yang sederhana

Makhluk bumi masih sangat memerlukan angan-angan dan mimpi-mimpi indah tentang mu Bulan. Maka tetaplah menjadi harapan buat mereka. Jangan bunuh rasa dan ketenangan mereka. Kerana di bumi ini terlalu banyak hal-hal durjana yang melukakan semua.

Terus menjadi Bulan peneman malam-malam sunyi mereka ya.

Dan Bulan,

Bila nanti aku telah tiada lagi -- mohon simpan erat-erat rahsia antara kita

Aku tak rela kisah kita sampai kepada sesiapa. Simpan sahaja semua. Biar kisah kita adalah milik kita selamanya tanpa perlu menjadi iktibar mahupun panduan siapa-siapa.

Bulan, janji ya -- simpan kisah kita sampai bila-bila.

Bulan,

Baik-baik ya di sana.

Selalu ingat tentang rindu ku. Tentang cinta ku.

Tentang airmata ku dan tentang senyuman ku

Yang selalu menunggu mu di kejauhan ini.



{ Lebiu }





...

Share: