KATA MAAF


Someone so called pakar psikologi yang hari-hari menghadap kes pesakit yang trauma -- pernah share fakta menarik tentang ciri-ciri seseorang yang masih dalam trauma tapi dia mungkin tak sedar. Fakta tu pun viral di socmed dan digunapakai sesuka hati sama ada atas tujuan baik mahupun sebaliknya. Aku tak ada masalah dengan fakta daripada seorang pakar tapi yang bermasalah bila fakta tu diubahsuai dan dijadikan alat untuk attack orang lain. Zaman sekarang ni semua nak mengaku diri sendiri terpaling pakar psikologi, padahal apa diaorang share tu pun cedok dari orang lain yang entah betul ke tidak ketokohan dan kepakarannya. Dammn..!!

Menurut pakar tu : Seseorang yang seringkali minta maaf tanpa sebab atau tanpa buat salah -- menunjukkan dia ada trauma zaman kanak-kanak yang sering tidak mendapat validation daripada orang tuanya. Jadi budak tu membesar sebagai manusia yang selalu rasa macam ada buat salah walaupun sebenarnya tak ada buat salah apapun.

Aku sejenis yang mudah minta maaf. Sama ada aku memaksudkan maaf itu atak tidak, aku pun tak perasan. Tapi aku memang tak kisah untuk minta maaf dulu kalau ada konflik. Bagi aku kata-kata maaf itu tak sepatutnya menjadi hal yang mahal dan berat untuk diucapkan. Apa masalahnya, minta maaf je lah. Bukan susah pun. Dan dalam banyak situasi, minta maaf tu free -- tak payah bayar.. kan..? Selain minta maaf sebab buat salah, kata-kata maaf juga boleh menunjukkan :

  • kita hormat orang lain terutama orang yang lebih tua daripada kita
  • bentuk diri lebih humble dan down to earth kalau kita yang minta maaf dulu
  • elakkan konflik berpanjangan atau cakap banyak sampai masalah jadi meleret

Aku tak tahu lah selama ni aku ada post-trauma zaman kanak-kanak ke tidak. Aku tak peduli pun, tapi bila ada "orang luar" yang tak berapa lah nak kenal aku pun sibuk nak diagnosis aku sebagai orang yang ada trauma zaman kanak-kanak belum selesai -- buat aku panas lah.. ehh..!! kau ni.. geraaaaammm pula aku. Perangai memandai-mandai diagnosis orang tanpa diminta ni dah jadi barah dalam masyarakat kita. Kenapa ya..? Besar betul pangkat kau nak memandai-mandai gitu. Ingat boleh main tikam-tikam je ke penyakit jiwa orang lain ni..?

Aku tak tanya dan tak minta pandangan kau pun. Diam lah situ...!

Sebagai orang yang struggle dengan masalah overthinking yang sekejap okey dan sekejap tak okey ni, ayat-ayat dia tu menyinggung aku. Buat aku teringat-ingat dan terbawa-bawa sampai tak boleh nak tidur malam. Nampak tak..? Kesannya bila kau memandai-mandai. Kau bukan menolong orang, kau lagi menyusahkan dan men"trauma"kan orang. Faham..?

Belajarlah memberi pendapat hanya bila ditanya. Bersabarlah dengan ilmu sejengkal cuma yang kau ada tu, tak payah cepat sangat nak menunjuk hebat. Tenang okey. Belajar lebih lagi terutama bab adab sesama manusia dan be professional la sikit.. bukan main tabuh je..!

Just untuk record : Zaman kanak-kanak aku bahagia lagi menyeronokkan. Sorry.





...



Share:

Disconnected

Ada satu ruang yang tuhan beri kepada kita, tanpa boleh dikongsi dengan sesiapa. Sepanjang sungai Nil, sebesar gunung Himalaya dan seluas alam semesta yang dicipta pun, tetap kotak fikiran kita hanya kita yang punya. Prestij yang paling tinggi.

Katakan anda tidur berkongsi bantal, sebath-tub berlaga kepala pun tetap fikiran terasing antara duanya. Bahkan kembar siam kepala bersambung pun dipisahkan fikirannya meski badan dan tubuh bergabung.

Manusia cuba untuk berkongsi ruang fikiran  dengan memanifestasikan ke bentuk perkataan dan bahasa, ribuan tahun ruang fikiran diterjemah ke dalam tulisan, diukir dilukis di atas kertas, hasilnya tetaplah hanya cetakan kepada karya asal. Ruang fikiran, tetap sunyi hanya kau bermain-main di dalamnya. Ketika membaca tulisan ini pun, ruang itu tak pernah padam..sentiasa mengalir tanpa dikawal, kau hanya menjenguk ke luar tingkap melihat ke dunia ini, tapi kau dan roh kudus kau masih mendiami di ruang fikiran.

Kau boleh jadi apa saja dalam fikiran kau, kau boleh meniru apa yang berlaku di dunia luar dan suntikkan ke dalam fikiran kau untuk kau bina satu kehidupan serba 'khayal',   penuh bayangan dan indah jika itu yang kau mahukan, walaupun indah itu timbangannya tak sama setiap insan. Ya, kita boleh hidup dalam ruang fikiran kita, ianya satu ruang privasi yang terjadi sendiri, semulajadi, ia sentiasa ada di situ, tanpa kau perlu melakukan sebarang permohonan pun kau telah dikurniakan dengan percuma.

Di dalam ruang fikiran itu, mungkin mempunyai watak orang lain , namun tetap ianya hanyalah projection dari deria-deria, watak itu tetap engkau yang atur tanpa dia bergerakbalas dengan mindanya sendiri,  ruang fikiran aku dan ruang fikiran engkau takkan mungkin dapat diletakkan dalam satu kotak yang sama..sekurang-kurangnya di dalam dunia ini, kerana tiada alat yang dapat menyatukan. Alat yang nak menyatukan itu, harusnya datang dari kilang pembuatan fikiran itu sendiri yang menciptakan. 

Terkemudian hari pabila tubuh kita dah tidak lagi memerlukan apa zat, atau tidak ada kebergantungan pada oksigen..membatalkan akses kepada dunia, ruang fikiran masihkah wujud? Atau ruang fikiran ini akhirnya, sebenarnya adalah yang nyata, ruang dunia hanyalah manifestasi sebuah khayalan? Roh takkan membawa jasad, kerana tampatnya berbumbung selama ini adalah minda, fikiran, kalbu..apapun namanya. 

Aku  menulis ini dari ruang fikiran dan menghantarnya menerusi telefon bimbit, dunia sebagai orang tengah, sekarang kau membacanya dan masuk pula ke ruang fikiran kau sendiri. Adakah suatu masa nanti, kita mampu untuk tidak menggunakan lagi dunia sebagai adapter, berjumpa sahaja di ruangan sana. Aku dapat rasakan dunia di ruang itu wujud, kita hanya menunggu untuk disambungkan. Buat masa ini, kita masih disconnected.




Share: