AKU TIDAK CUKUP KERAS

Benar ujian itu untuk menyiapkan kita kepada fasa yang lebih besar, lebih mencabar. Dan benar ujian itu mendewasakan dan menjadikan kita lebih sedar diri. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahirkan terus kuat dan kental jiwanya. Malah yang diuji dengan segala hempas keras dunia pun kadang jatuh dan merapuh juga. Sampai tunduk sujud kepadaNya dan bertanya ; mengapa - kenapa - aku ..??

Tetapi yang menjadikan kita menyerah itu bukan kerana kita tak kuat, tetapi kerana kita tahu sekuat apapun kita mengelak dan menahan, tetaplah yang paling kuat dan berkuasa itu adalah Yang Maha Memberi Ujian itu sendiri. Malah segala ujian dan kesakitan itu kerana Dia sayang dan kasihkan kita. Itu sahaja.

Menghampiri penghujung 2025 kurang lebih satu setengah bulan lagi, aku duduk berteduh dan merenung jauh. Atas segala yang bergulung-gulung sepanjang tahun ini. Sungguh tidak ada satu hari pun tidak aku mulakan dengan bersyukur dan berlapang dada. Berat ujian tahun ni terutama ujian kehilangan. Tetapi warna-warninya juga tak kurang hebatnya.

Yang pergi, Allah gantikan dengan yang paling tak disangka-sangka dan yang selama ini aku rasa sudah kepunyaanku rupanya Allah tarik dan menjauhkan perlahan-lahan. Tanpa aku tahu kenapa dan mengapa.

Di hujung renungan ini, aku menilai diri. Nampaknya aku perlu lebih sedar diri kerana aku masih belum sepenuhnya diterima. Aku masih berjuang untuk menempatkan diri dengan segala upaya yang terdaya ini untuk tidak dituduh sombong. Tapi aku kelelahan. Memenuhi ekspektasi manusia adalah hal yang tiada kesudahannya. Aku cuba dan cuba tapi nampaknya tidak mampu lagi.

Maka, aku berhenti dan biarkan sahaja. Apapun penilaiannya, aku relakan. Terpulanglah. Kalau jahat aku di mata mereka, aku terima. Tenaga aku sudah kering untuk memuaskan hati mereka.

Segala apa yang aku miliki hari ini adalah semuanya pemberian dan pinjaman. Tak akan mampu aku miliki semuanya sendiri. Dan menjadi aku yang dibesarkan dan didewasakan dengan selalu memberi, selalu berkongsi, jangan kedekut, jangan berebut dan jangan sesekali ambil hak orang. Menjadikan aku manusia yang suka memberi. Tapiiiiiiii.. sejak dua menjak ni, sikap suka memberi ni nampaknya telah disalah erti pula. Jadi aku berhenti sekejap dan merenung kembali.. di mana pula salahnya kali ini..? Nak buat baik pun kena explain. Nak kongsi rezeki pun kena ada justifikasi. Mahu bagaimana lagi sebenarnya ni..??!!

Hidup ini keras. Tapi aku tak mahu jadi manusia yang keras.

Aku pilih untuk berlembut walaupun hujungnya nanti aku yang akan terinjak dipijak. Aku lebih rela begitu daripada terpaksa mengubah diri aku menjadi seseorang yang bukan aku. Cuma sesekali aku minta, tolong bagi ruang aku bernafas.. sedikit sahaja. Selebihnya aku serahkan kepada Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengadili.

Hidup baik-baik semua. Jadi baik biar tidak diperlakukan baik.




...


Share:

SEJAUH INI

Di balik senyumannya yang hambar dan matanya yang menung jauh menembus awan, ada sekeping hati yang tak mampu aku tafsirkan apa dan bagaimana sebenarnya yang dia rasa. Dia keras hati. Pandai sembunyi. Tak betah melawan kejamnya dunia terhadap dirinya tapi dia juga tidak cepat mengalah. Sekurang-kurangnya dia mencuba. Aku tahu dia telah mencuba. Kami semua juga percaya dia telah berusaha sehabis baiknya.

Tapi dia manusia biasa.

Dia jatuh di tempat yang salah pada masa yang salah bersama orang yang salah. Keadaan tak berpihak kepadanya dan dia tak pernah salah kerana dia bermula dengan niat yang baik. Keadaan itu memangsakan dia tanpa belas kasihan. Dan dia tetap tidak pernah menyalahkan semua yang salah itu. Dia diam. Sampai hari ni, dia masih pilih diam.

Dia insan istimewa yang diuji untuk Allah sampaikan pesan kepada kami. Bahawa dunia ini milik-Nya dan bukan di tangan kita. Sesungguhnya kita manusia yang lemah, tiada daya upaya tanpa belas dan ihsan Dia. Sekuat apa kami mencuba, kami berusaha, tetap.. ketentuanNya tertulis begitu. Ujian ini untuk dia tapi peringatan Allah itu untuk kami. Jadi ujian ini kami terima dan hadap bersama-sama.

Hari ini buat pertama kali mendengar khabar dia, hati aku luluh.
Airmata aku pecah sepecah jiwa aku yang menghancur.

Ya Allah, sejauh ini sudah dia pergi. Sedalam ini sudah dia bertahan.
Mohon jangan disakiti lagi dia. Mohon jangan dihukum lagi salahnya.
Dia manusia baik sebaik-baik dan selayaknya manusia biasa.
Jaga dia. Pelihara dia. Peluk dia dalam kasih sayangMu dan 
berlembutlah dengan dia kerana Kau Maha Lembut lagi Maha Kasih.



...


Share:

SEBAB TAK MAMPU

DAHULU

Kakak baju kebaya hijau, solekan penuh, gincu merah, gelang emas 3 urat, cincin penuh 3 jari, handbag berjenama, kasut tinggi 5 inchi, pandu honda city baru. Senyumnya senget ke pipi kiri. Jelingannya tajam menusuk jantung hati limpa dan buah pinggang..

"..Bukan aku tak izinkan suami kahwin lagi, tapi aku kenal suami aku tu dah lebih 20 tahun. Dia tak mampu. Nak bayar sewa rumah, duit kereta, bil api air, sekolah anak. Kais pagi makan pagi kami anak beranak ni. Ada hati nak menggatal tambah bini. Esok-esok kami anak beranak makan pasir ulam rumput. Lagi nak tanggung bini baru.."



SEKARANG

Kakak baju kurung lusuh hijau, solekan kosong, gincu pucat, gelang emas seurat, cincin belah rotan halus sebentuk, handbag made in china, kasut tapaknya haus, pandu mayvi lama. Senyumnya senget ke pipi kiri. Jelingannya kelam dan sayu menusuk jantung hati limpa dan buah pinggang sampai ke hujung jari kaki..


"..Aku memang izinkan suami kahwin lagi, sebab sejak 10 tahun kami hidup sebagai suami isteri ni hidup kami susah. Dia tak mampu. Anak baru 3 orang dah tercakar sana, tercakar sini. Elok lah dia kahwin lagi satu tapi dengan syarat bini baru dia nanti biarlah yang kaya berharta. Dapatlah dia bantu suami tanggung hidup kami anak beranak. Bagi-bagilah bayar duit rumah, duit sekolah anak, bil api air. Lagipun bini muda tu nanti cari lah yang dah berumur sikit -- tak kan dia nak beranak lagi. Aku bagi suami kahwin lagi, janji yang bawa duit dan senangkan hidup kami.."


* * * * *

ya, begitu lah.




...

Share:

GEHRAIYAAN (2022)

 Gehraiyaan Movie Review, Hindi movie, Deepika Padukone, Mentel Health Awareness

Akhirnya selepas hampir 3 tahun baru aku berjaya tonton filem paling daring lagi jujur lakonan Deepika Padukone ni. Tak tahu kenapa aku bertangguh walau dah lama langgan Amazon Prime Video. Sebuah filem bersahaja -- realistik -- berat dan sarat emosi tapi disampaikan dari sudut pandang yang di luar kebiasaan. Kreadit penuh kepada penulis filem ini Shakun Bhatra dan barisan produksi yang berjaya mengolah sebuah karya yang membuka mata dan menjujurkan emosi penonton terutama di penghujung cerita. Dammmn..!

Seperti biasa, aku tak akan review sinopsis mahupun jalan cerita sebab semua tu korang boleh google. Ramai dah pengkritik filem yang review filem ni sejak hari pertama disiarkan. Dan review mereka sangatlah bercampur-baur ya. Aku personally tak nak baca review orang. Aku tonton filem ni dengan emosi paling raw -- dan ya, hampir biru juga muka aku sebab oksigen tak sampai kepala. gituuuu...!!

Gehraiyaan means depth dan sesuai judulnya filem ini berkisar tentang watak utama yang dilemaskan lagi melemaskan sampai akhirnya berjaya menyelamatkan diri daripada kelemasan selepas membuat semua orang lain lemas sekali. Tiga watak lagi hanya separa penting tapi juga melemaskan sebab bodoh dalam pandai. Maka empat watak ni kelemasan di dalam segi-segi cinta, kekayaan, trauma masa silam dan masa depan yang meragukan. Entah siapa yang pemangsa dan siapa pula mangsa. Siapa yang meyelamatkan dan siapa yang diselamatkan ?


CHILDHOOD TRAUMA

Mental health awareness yang cuba disampaikan secara tidak langsung sepanjang filem ini berjaya membuka ruang kepada penonton menilai chilhood trauma dari kesan yang lebih mendalam. Terutama bila trauma itu "hidup" di dalam diri mereka yang melaluinya tanpa dapat dibuang atau dihilangkan. Dan bagaimana chilhood trauma seseorang itu bukan sahaja mempengaruhi semua keputusan yang mereka buat sepanjang meniti kedewasaan tp juga meracuni orang-orang di sekeliling mereka sama ada sengaja mahupun tidak.

Manusia dengan trauma ni hidup di dalam sangkaan-sangkaan yang tak berkesudahan. Mencari kepastian dan kebenaran di setiap sudut ceruk kehidupan kerana trauma itu membuatkan mereka tidak percaya kepada sesiapa malah diri sendiri. Sakit menanggung trauma ni. Cuma ada orang yang sedar dan berusaha untuk mengawalnya tapi ada juga yang hidup dalam penafian serta terus-terusan menghancurkan diri mereka dari dalam. Kasihan.

Chilhood trauma menjadikan dia attention seekers dan membesarkan insecurities di dalam dirinya sendiri. Kemudian membawa kepada kecurangan, takut berterus-terang, menjadi manusia manupulatif serta berpura-pura. Bukan mereka tak tahu benda tu salah. Bukan mereka tak tahu semuanya ada risiko tapi trauma yang ada dalam diri mereka tu membuatkan mereka hilang pertimbangan dan selalu merasa diri sendiri adalah satu masalah.


ALISHA

Susuk wanita complex yang sedaya upaya hidup secara normal tapi kelemasan di dalam konflik yang dia sendiri pilih. Seumur hidup menyalahkan ayahnya. Sentiasa berprasangka pada boyfriend tanpa ikatan walau dah bertahun tinggal bersama. Terlalu berdikari dari segi fizikal tapi sangat bergantung emosi dan validation orang lain. Lemas memang lemas menjadi Alisha. Matang tapi gagal memanfaatkan kematangannya dalam membuat keputusan.

Jatuh terjebak dalam cinta Zain Oberoi yang Alisha tahu sangat berisiko dan jauh dari kejujuran dan clarity. Hubungan sembunyi-sembunyi yang Alisha tahu akan memakan dirinya sendiri. Tapiiiiiiii... Alisha pilih untuk meneruskan. Jatuh cinta tu tak salah tapi jatuh cinta sampai menjadikan kita bodoh - buta dan tuli -- kenapa..??

Alisha watak yang kasihan. Dia mangsa yang memangsakan tapi di hujung cerita ini watak Alisha menjadi hero dan menyelamatkan semua orang, meleraikan semua konflik dan paling penting berjaya mengeluarkan dirinya sendiri daripada trauma yang panjang. Walaupun semua ini bererti perlu mengorbankan nyawa insan yang disayangi dan digantungkan semua harapan.


* * * * *


Terima kasih Gehraiyaan, menghempap batu besar ke atas dada. Hidup ini keras. Dalam mengejar semua keperluan, kita manusia yang ada perasaan pasti sahaja berperang sama dalam memenuhi kehendak dan belaian perasaan. Mana mungkin kita memenuhi keperluan tanpa langsung membawa hati bersama. Soalnya bila keperluan dan kehendak bertembung dan memecah, yang mana satu priority kita..?

Alisha boleh jadi watak jahat dalam diri semua kita atau boleh juga menjadi sisi baik dalam diri kita yang selama ini kita pun tak sedar. Dalam erti kata lain, siapa pun boleh jadi Alisha sama ada bersama childhood trauma atau tidak. Keputusan hidup sebesar dan seberat apapun tetap akan datang dan menghantui kita.

Jalani sahaja hidup kita dalam naik dan turunnya, hitam mahupun putihnya. Ini kehidupan dan perjalanan kita. Jatuh bangun adalah gula dan garam pelengkap rasa.



...




Share:

KEPADA BULAN KU

 

Bulan,

Aku rindu kamu. Sungguh-sungguh rindu.

Apa khabar kamu di sana..?

Bulan,

Suatu hari nanti jika aku menghilang -- mohon tak usah dicari.

Aku pergi menyembunyikan hati. Kalau dapat menjalar ke hujung dunia, di sana nanti akan aku simpan hati yang telah hancur berderai ini. Usahlah ditanya lagi.

Antara kita hanya sebatas hati yang tak akan bisa memiliki dan dimiliki. 

Bulan,

Terus bersinar dan terus meredup dalam cahaya cinta mu yang sederhana

Makhluk bumi masih sangat memerlukan angan-angan dan mimpi-mimpi indah tentang mu Bulan. Maka tetaplah menjadi harapan buat mereka. Jangan bunuh rasa dan ketenangan mereka. Kerana di bumi ini terlalu banyak hal-hal durjana yang melukakan semua.

Terus menjadi Bulan peneman malam-malam sunyi mereka ya.

Dan Bulan,

Bila nanti aku telah tiada lagi -- mohon simpan erat-erat rahsia antara kita

Aku tak rela kisah kita sampai kepada sesiapa. Simpan sahaja semua. Biar kisah kita adalah milik kita selamanya tanpa perlu menjadi iktibar mahupun panduan siapa-siapa.

Bulan, janji ya -- simpan kisah kita sampai bila-bila.

Bulan,

Baik-baik ya di sana.

Selalu ingat tentang rindu ku. Tentang cinta ku.

Tentang airmata ku dan tentang senyuman ku

Yang selalu menunggu mu di kejauhan ini.



{ Lebiu }





...

Share:

JAUH

 

Jauh sudah kita membawa hati ke daerah yang tidak ada nama dan tidak ada sempadan ini. Hati kita sudah menjadi taruhan yang tak mungkin dapat kita tebus semula. Kerana hati kita menyimpan segala rasa, segala rahsia. Kenapa..? dan bagaimana boleh kita pergi sejauh ini..? Aku dan kau dua jiwa yang sedang mengisi dan memberi makna. Kita bertemu dan berkenal bukan untuk ini. Tapi kenapa..? Kenapa kita sampai ke sini..?

Demi hati yang selalu berasa kosong, pasti sahaja muda jatuh kepada yang mudah mengisi. Hati yang selalu minta di dengar ini pula senang-senang di serah kepada yang setia mendapang tangan dan memberi telinga. Aku dan hati yang rapuh lama tidak merasa apa-apa rasa ini, tiba-tiba sahaja berjumpa tempat berteduh. Bisa sekuat apa aku menolaknya..?

Dalam hati aku ada dia yang lama (ya, masih ada kerana tempat dia di dalam hati aku tidak tergantikan biar seberapa jeda masa) dan kini ada dia yang baharu juga. Dia yang menjelmai dia yang lama tapi dalam versi yang berbeza. Tapi rasa yang dia bawa seakan sama. Sangat sama. Rasa selesa, rasa selamat, rasa terjaga, rasa di dengar, rasa di mengerti kuat sekali. Hampir putus asa aku membandingkan kedua-duanya.

Tapiii

Dengan dia yang lama, musim bunga aku datang awal. Bahagia pada permulaan, menangis bermusim hujan di hujungnya. Dan dengan dia yang baharu, airmata aku murah jatuh berdedai-dedai sejak mula. Aku tak tahu kenapa, banyak betul airmata aku jatuh kerana dia. Aku tak faham apa dan mengapa, begitu fragile hati aku di tangan dia. Ada rasa bimbang dan ragu-ragu yang menghantui aku. Tapi dia selalu menenangkan. Ada rasa tidak pasti dan takut-takut tapi dia selalu meyakinkan dan memudahkan. Harus bagaimana aku lari...?

Dammmnn..!!




...



Share:

PLEASE STAY..!


Jahat rasa rindu ni. Sementah lagi rindu yang tak bersambut. Jahat rasa rindu yang tak mengenal tuan ni. Sekejap kau tersipu-sipu, sekejap kau menghiba sayu. Tanpa kau faham dan mengerti apa dan mengapa. Jahat rindu yang tak bertuan ni -- diluah tak boleh, dipendam memakan diri. Rindu yang membiru dan membirat ini perlahan-lahan tanpa dapat kau tahan akhirnya nanti menjadi kolam airmata di hujung senja. Yang bersisa cuma kau, hati yang meluruh dan senja yang jingga..

Aku rindu kau. Atas apa alasan sekali pun.. aku rindu kau.

Masa kau jauh, aku rindu. Masa kau dekat pun aku rindu. Walau baru 5 minit tadi kita berjumpa, aku tetap rindu kau. Fahamilah bahawa rindu aku kepada kau tidak ada titiknya. Berlarut-larut lagi berlanjut-lanjut. Nikmati sahaja kerana rindu ini terlalu luar biasa. Bukan atas zahirnya.. bukan kerana jaraknya.. tapi kerana kau itu sendiri sudah mengisi hati aku sepenuh-penuhnya.

Aku rindu -- jadi aku mula marah-marah.
Aku rindu -- dan mula pandai cemburu.
Aku rindu serindu-rindunya.. maka aku menjauh dan menghilang.

Rindu ini menggunung.
Tapi rindu ini juga yang sedang membunuhku perlahan-lahan.
Aku takut tapi aku rindu.
Aku senyum dalam airmata yang menderu laju.
Aku tak minta kau faham. Aku cuma minta kau stay. Di situ.
Sampai bila-bila di situ.


Please, stay......!



...



Share: